Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (HR Muslim )
Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf di dalam masjid pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan. (HR Muslim )
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata, "Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapat mu jika aku tahu bila akan berlaku malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii". ("Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”) (HR Tirmidzi)
Petunjuk Al-Quran
Hadiz Muslim
Wednesday, September 16, 2009
Lailatul Qadar
Friday, September 11, 2009
Lailatul Qadr, Is it Significant To You?
Sunday, September 6, 2009
13 Tip di Bazar Ramadhan
Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama para pembaca . Sesuai untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang bisnes bazar Ramadhan, juga kepada para pengunjung-pengunju ng bazar.
- Hari pertama bazar Ramadhan, selalunya ia penuh sesak. Para peniaga selalunya akan untung besar pada hari pertama dan jualan mereka habis licin.
- Jadi, jika pertama kali berniaga di bazar Ramadhan, jangan menggunakan indikasi jualan hari pertama sebagai petunjuk hari-hari seterusnya. Seeloknya, kurangkan jumlah jualan pada hari-hari seterusnya.
- Berhati-hati jika hari hujan. Selalunya barang jualan tidak habis dijual, kerana pengunjung tidak ramai dan orang kebanyakannya malas untuk keluar rumah. Jadi para peniaga akan ”menyimpan” untuk dijual keesokan harinya.
- Jadi, jika semalam hujan, para pengunjung bazar perlu berhati-hati membeli makanan agar tidak terbeli makanan semalam yang ”dikitar semula”.
- Sesekali datanglah bazar Ramadhan pada waktu-waktu hampir berbuka untuk melihat mana-mana peniaga yang tidak habis barang jualan mereka. Selalunya (tidak semua), mereka akan membuat kitaran semula kepada barang-barang jualan mereka. Namun ramai juga peniaga yang bersifat jujur tidak melakukannya.
- Pada bulan Ramadhan, antara makanan yang paling digemari adalah martabak. Bahan utama membuat martabak adalah telur. Jadi pilihlah martabak yang dimasak dengan menggunakan telur yang sudah dibasuh.
- Cara untuk memilih martabak yang sudah dibasuh ataupun tidak adalah dengan cara melihat bagaimana telur-telur tersebut diletak. Jika ia masih diletak di dalam bekas telur, selalunya ia masih belum dibasuh. Jika ia sudah dipindahkan ke dalam bekas lain, selalunya ia sudah dibasuh.
- Tip di atas juga sesuai untuk makanan-makanan yang menggunakan telur sebagai bahan, namun agar sukar sekiranya makanan tersebut telah siap dimasak.
- Lihat gambar-gambar di bawah untuk membezakan telur yang masih berada di dalam bekasnya dengan yang sudah dipindahkan ke dalam bekas lain;
- Minuman yang popular di bulan puasa juga adalah air soya. Kualiti air soya dibezakan dengan kepekatannya. Seeloknya belilah air soya yang masih panas berbanding dengan yang telah dicampur air batu, kerana ia lebih segar dan pekat. Jika hendakkan yang sejuk, tambah sahaja dengan air batu.
- Jika kita membeli pada waktu hampir-hampir dengan waktu berbuka, selalunya peniaga akan memberikan lebih daripada yang dibeli. Ia bagi menghabiskan stok-stok makanan yang telah dimasak tetapi tidak terjual. Jadi, sesekali, datanglah pada waktu tersebut. Untung-untung, dapat simpan untuk sahur keesokan harinya.

- Antara persediaan pada hari raya adalah kuah raya. Jangan membeli kuih raya pada minggu-minggu awal bulan Ramadhan. Sebaliknya tunggu selepas masuk minggu-minggu terakhir kerana pada waktu ini harga kuih raya akan jatuh secara beransur-ansur.
- Harga kuih raya akan jatuh pada lebih-lebih lagi pada hari-hari terakhir bulan puasa. Kenapa? Kerana tiada siapa yang akan membeli kuih raya selepas masuk bulan Syawal! Jadi, semua stok perlu dihabiskan segera.
Gambar hiasan
Telur masih berada di dalam bekas asalnya.
Telur yang sudah dipindahkan ke dalam bekas lain
Telur ini juga sudah dipindahkan
Yang ni siap ada sign-board lagi! “TELOR INI TELAH DIBASUH”
Sharing is Carring, Carring is Loving
01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
27.. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan ;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46.. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi ;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang ;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61.. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan .
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan k emamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
& Lastly
no. 100. Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.
Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always.
Ameen

Soalan Spontan Bulan Ramadhan
Sambil kita berbuka puasa, sambil duduk santai2 dgn keluarga, atau mungkin di tempat kerja semasa duduk dengan kawan, semasa baring2 di surau waktu rehat di kilang kita dan di mana2 shj...cuba kita uji maklumat Ramadhan kita dan sesiapa yg dekat dgn kita...
Soalan
1. Bila tahun diwajibkan puasa Ramadhan?
2. Berapa kali Rasulullah sempat berpuasa Ramadhan?
3. Ibadat lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Berapa tahunkah 1000 bulan itu?
4. Perang apakah yang berlaku dalam bulan Ramadhan?
5. Ramadhan digelar Sayyid al-Syuhur. Apa maksud Sayyid al-Syuhur?
6. Dalam susunan 12 bulan Islam, Ramadhan terletak dalam susunan yg keberapa?
7. Apa antara keistimewaan Ramadhan berbanding 11 bulan yg lain selain ada puasa?
8. Sebutkan 2 perkara yg boleh membatalkan pahala puasa?
9. Apa maksud Nuzul al-Qur'an?
10. Apa maksud solat Terawih dan Solat Witir
Boleh jawab semua. Terror anda. Tahniah...Anda memang arif dengan Ramadhan.
JAWAPAN
1. Tahun 2 Hijrah
2. 9X
3. 83 tahun 3 bulan
4.Perang Badar al-Kubra
5. Penghulu segala bulan
6.Yang ke-9
7. Ramadhan satu2nya bulan yang disebut namanya dalam al-Qur'an
8. Mengumpat dan melihat maksiat
9. Turun al-Qur'an
10. Solat Terawih ialah solat rehat2 dan solat witir ialah solat ganjil (bilangannya)
Banyak lagi soalan kalau kita nak tanya...ini sekadar soalan spontan sahaja.
Tuesday, August 11, 2009
Sya'aban...Sya'aban....telah menjelma











