Daripada Abu Rifa'ah iaitu Tamim bin Usaid r.a., katanya: "Saya sampai kepada Nabi s.a.w. dan waktu itu beliau sedang berkhutbah, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang yang gharib ( asing yakni bukan penduduk negeri itu ) datang untuk menanyakan agamanya yang ia tidak mengerti apakah agamanya itu." Rasulullah s.a.w. lalu menghadap kepada saya dan meninggalkan khutbahnya, sehingga sampailah ke tempat saya. Beliau s.a.w. diberi sebuah kursi kemudian duduk di situ dan mulailah mengajarkan dari apa-apa yang diajarkan oleh Allah kepadanya. Selanjutnya beliau mendatangi tempat khutbahnya lalu menyempurnakan khutbahnya itu." (Riwayat Muslim)
Petunjuk Al-Quran
Hadiz Muslim
Thursday, September 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment