Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Alhamdulillah, hari demi hari yang dilalui, memanjangkan kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi diberikan peluang untuk mengecapi kemanisan bulan ramadhan dan berbuat sebanyak-banyaknya untuk meraih redhaNya. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana memberikan kita kesempatan untuk berlumba-lumba dalam melaksanakan ibadat, hanyasanya, semua kita meminta agar Allah mengikhlaskan niat kita ke arahNya semata-mata, agar perlumbaan itu menjadi sesuatu yang bersih dari lubuk hati.
Allah telah menjadikan hidup, mati sebagai suatu cubaan bagi kita, yang mana satu di antara hamba-hambaNya yang melakukan sebaik-baik amalan. Sangat sukar untuk menjaga kesucian hati. Harus sentiasa berwaspada terhadap bisikan/tiupan syaitan, yang sentiasa mahu merosakkan amal. Khuatirnya memikir bahawa telah banyak beramal, tetapi ketika dihadapkan ke Allah nanti, semuanya seperti haba'am mantsura. debu yang berterbangan.
Ikhwah dan akhawat, kita harus sentiasa menyedari bahawa hidup ini penuh dengan halangan, rintangan, ujian, cubaan. Kesedaran ini akan membuat kita sentiasa berjaga-jaga, berhati-hati, dan besungguh-sungguh di dalam menghadapinya. sedangkan setiap kelalaian akan menjadikannya hidup dengan santai dan tenang. Allah juga telah berfirman dengan maksudnya "Dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri" 2:195..wala tulquu biaidiikum ilat tahlukah..
Setelah ayat ini diturunkan, Abu Ayyub telah menyatakan "sesungguhnya ayat ini diturunkan hanya kepada kami, kaum ansar. setelah Allah memuliakan agamaNya dan bilangan orang yang membelanya semakin banyak, sebahagian kami berbisik kepada yang lain, merahsiakan pembicaraan dari Rasulullah.. .berbunyinya "sungguh kita sudah kehilangan banyak harta. kini tiba saatnya untuk tinggal di Madinah dan mengembalikan apa yang telah hilang itu" Subhanallah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui walaupun bisikan hati sekalipun... "ayat yang terus membuat kami keliru, ragu-ragu, tentang niat kami". disusuli dengan ayat "dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri" Kerana...adanya keinginan untuk mengembalikan harta mereka yang hilang..teguran Allah kepada mereka terus mereka rasakan, mereka tidak alpa, tidak lalai, bahawa hidup ini merupakan ujian, dan Allah sangat menyayangi orang-orang beriman, terus diingatkan.. .janganlah membinasakan dirimu dengan niat seperi itu, kerana nikmatnya sementara, kerana dunia tidak kekal abadi...tetapi mereka terus mengatakan "Allah memerintahkan kami untuk tetap berangkat berperang" maka abu ayyub masih tetap berperang di jalan Allah sampai ajal menjelang..niat untuk mengumpul harta telah diketepikan.
Kembali kepada kita..keghairahan kita dalam berdakwah, dalam memberi pengorbanan yang sepenuhnya buat Dia. Sebagai gambaran dan bukti seperti mana yang Allah mahu lihatkan, seperti mana para sahabat telah membuktikan diri mereka. "minal mukminiina rijaalun shadaqu ma aahadullaha alaih...fa minhum...Kesedaran seorang muslim terhadap rintangan akan membuatnya jauh dari kehidupan malas dan santai. Hilangnya kesedaran ini akan membuatnya merasa berat untuk beraktivi dan menjadikannya mudah ditimpa FUTUR!
Ikhwah dan akhawat...Sebagai tatapan dan renungan...Bagaimana perasaan kita jika salah seorang dari kita mengetahui adanya pencuri di sekitar rumah...kita tidak akan boleh tidur, kerana ketakutan... Tetapi, bagaimana jika yang dicuri itu adalah AGAMA, bukan harta dunia!
Kembali sentiasa untuk melihat keikhlasan diri, bagaimana pentingnya menjinakkan hati, sehingga ia mengetahui bahawa ia seorang hamba Allah, hanya salah satu dari sekian banyak makhlukNya. Semoga 10 hari yang terakhir ini digunakan untuk banyak tafakkur, melihat kelemahan diri, kelalaian, dosa, maksiat, yang semuanya itu minta untuk diampuni. Basahkanlah bibir kita dengan zikir, sibukkanlah pemikiran kita untuk memperjuangkan kehidupan kita demi menegakkan agamaNya. Semoga pada akhir Ramadhan, kita akan menjadi "muflihun". Amin.












0 comments:
Post a Comment