Petunjuk Al-Quran

Hadiz Muslim

Tuesday, October 6, 2009

"AKU mencintaimu kerana AGAMA yang ada diriMU"

1) Berkongsi straw -  


Adakah ini salah dan hukumnya? Jika perbuatan itu berlaku antara sesame jantina atau sesame mahram tidak mengapa, malah digalakkan untuk menguatkan tali persaudaraan. Jika ia berlaku di kalangan mereka yang bukan mahram, ia tidak di galakkan, malah haram jika boleh membawa kepada pengkongsian benda-benda yang lain. Namun, ia dibolehkan hanya dalam kes darurat sahaja.  




2) Doa sebut nama kekasih -  


Boleh atau tidak setiap kali selepas solat berdoa untuk di pnjangkan jodoh? Boleh, jika itu adalah bertujuan untuk dijodohkan bersama. Inilah yang sebaiknya dilakukan. Allah S.W.T. telah berfirman, ‘Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenan l]kan ia’, (surah ghafar : 60)  




3) Berduaan-duaan -  


Tapi tidak pernah tinggal solat tapi berdua-duaan dengan pasangan. Sah solat? Solatnya sah jika menepati syarat-syaratnya. Sama ada di terima oleh Allah S.W.T atau tidak, itu adalah kuasa Allah S.W.T. Perbuatan berdua-duaan dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram adalah haram dam mendekati zina. Allah S.W.T telah berfirman, ‘Dan janganlah kamu mendekati zina’, (surah al-israa : 32)  




4) Bonceng motosikal dengan lelaki yang bukan muhrim??? 


Sudah tentu hukumnya bukan wajib,sunat atau harus. Tiada siapa juga akan mengatakannya makruh. Maka yang tinggal hanyalah haram. Apakah dalil ianya haram???? Firman Allah S.W.T bermaksud, ‘Dan jangahlah kamu mendekati zina,’ (surah al-israa :32) Zina akhirnya akan membawa kepada kehancuran sebuah keluarga, penguguran, pembuangan anak dan lain-lain jenayah. Maka selayaknya Islam menutup dari awal pintu-pintu kea rah penzinaan. Menaiki motosikal bersama akan membawa kepada persentuhan, berpelukan dan bergeseran. Jikalau melihat pun sudah membawa tarikan untuk penzinaan,apatah lagi bila sudah bergeseran, berpelukan dan bersentuhan. Jika tidak berzina secara hakiki, perbuatan itu sudah cukup menggambarkan zina dan ia adalah zina kecil.  




5) Simpan gambar pasangan??? 


Apakah dengan menyimpan gambar itu akan menjadi seorang yang lebih beriman? Lebih sihat dan bebas daripada penyakit? Atau menjadi cerdik, pandai dan bijaksana? Atau jadi kaya dan bertambah-tambah rezeki? Atau di simpan sebagai azimat yang dapat mengelak dari bahaya? Sudah tentu jawapannnya TIDAK. Maka atas dasar apakah di simpan gambar itu? Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu? Semakin di tatap,semaki rindu. Semakin khayal dan jauh di layarkan kea lam angan-angan. Jika putus hubungan, gambar itu akan di buang, di bakar, di koyak kan dan kadang-kadang digunakan untuk tujuan jahat. Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini, elakkan dari simpan gambar lelaki atau perempuan dan elakkan gambar kita di simpan oleh orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Antara keelokan Islam seorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya.’ (Al-Bukhari dan Muslim)  




6) Beri salam menerusi SMS, call, iT antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim? 


Tidak salah beri salam malah ianya merupakan syiar Islam dan jauh lebih baik dari menggunakan ucapan-ucapan lain seperti HAI, MORNING, HEI dan lain-lain. Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Hendakkah kamu, aku tunjuk kan amalan yang boleh menyebabkan kamu masuk syurga, sebarkanlah salam dan bangunlah bersolat ketika orang lain sedang tidur’. (Al-Bukhari)  




7) Remaja dan cinta -  


Hukumnya jika mulut berkata dia pasrah atau redha, sedangkan di hati seolah-olah tidak boleh terima kenyataan ‘mengapa ini terjadi kepada aku atau mengapa tiada jodoh antara kami’. Kata-kata itu seperti menolak qada dan qadar Allah S.W.T Tidak. Itu adalah kata-kata biasa yang kelur dari perasaan seseorang yang tidak stabil emosi dan fikirannya. Namun, jika ia berterusan seperti itu, itu mungkin akan membawa kepada penyakit hati, iaitu berburuk sangka kepada Allah S.W.T untuk orang yang seperti ini, dia perlu segera ingatkan apa sahaja Allah S.W.T. jadikan pastinya ada hikmahnya. Untuk orang yang telah kecewa cinta juga, jadikan pengalaman yang pertama itu sebagai pengajaran agar tidak mengulanginya kesilapan itu lagi. Tidak semua perkahwinan yang bahagia itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang di bina setelah berkahwin.  






8) Janji manis semasa bercinta ( Adakah berdosa jika tidak tunaikan?) 


Terserah kepada apa yang dijanjikan. Jika yang di janjikan itu perkara-perkara yang harus, maka hukumnya WAJIB ditunaikan. Contohnya, seperti janji untuk menyelesaikan hutang. Menolong orang yang susah, memberikan bantuan. Menepati janji merupakan sifat orang mukmin, terutamanya di dalam hal yang berkaitan dengan perkara yang wajib dan harus. Allah berfirman, ‘Dan mereka menjaga(menunaikan) janji-janji mereka dan juga sumpah-sumpah mereka’, (surah mukminin : 8). Jika janji itu adalah janji ke atas perkara yang haram seperti janji untuk membawa bersiar-siar, makan angin, melancong atau melancong untuk melakukan maksiat, maka janji itu wajib tidak ditunaikan. Pengajarannya, elakkan bercinta sebelum berkahwin dan elakkan membuat janji-janji kepada kekasih jika kita tidak mampu menunaikannya.  






9) Hadiah kepada kekasih -  


‘Aku tak meghalalkan apa yang aku beri atau belanja untuk kau,’ sedangkan lelaki itu yang rela member….Apakah hukumnya.? Pemberian seseorang kepada seseorang yang lain di sebut hadiah atau hibah. Hadiah yang telah diberikan kepada orang lain bukan lagi menjadi milik si pemberi. Secara langsung ia menjadi milik orang yang menerimanya dan si pemberi sudah tiada hak lagi ke atas apa yang telah di berikannya. Rasulullah s.a.w mencela sikap mereka yang mengambil semula apa yang telah diberikan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w , ‘Mereka yang mengambil semula apa yang telah mereka berikan kepada orang lain adalah umpama anjing yang muntah dan kemudian menjilat semula muntahnya’, (Al-Bukhari dan Muslim). Dalam masalah yang telah diutarakan, teman lelaki itu tiada hak untuk tidak menghalalkan apa yang telah diberikan kepada teman wanitanya. Perkara seumpama ini hanya timbul di kalangan masyarakat melayu yang jahil tentang hokum hakam Islam yang sebenar sahaja. Kesimpulannya, untuk mengelakkan perkara sedemikian dari berlaku atau berulang, elakkan bercinta sebelum berkahwin dan jika seorang itu ingin memberikan hadiah kepada orang lain, ikhlaskan niat dan jangan ada udang di sebalik batu.  






10) Hukum menjodohkan pasangan -  


Suka mengosipkan atau menjodohkan kawan lelaki atau kawan perempuan dengan harapan mereka jadi pasangan kekasih hingga ke jinjang pelamin. Hukumnya? Niat itu memang baik, tetapi saying caranya salah. Di dalam Islam, matlamat tidak meghalalkan caranya. Niat menjodohkan antara dua pasangan yang masih bujang adalah satu perbuatan terpuji. Ini bertepatan dengan anjuran Rasulullah s.a.w agar orang muda segera berkahwin dan baginda s.a.w amat sukakan umat yang ramai. Sayangnya, mengosipkan antara kedua-dua belah pihak bukanlah caranya. Perbuatan gossip ini termasuk di dalam kategori ‘BUHTAN’, iaitu fitnah dalam bahasa melayunya, jika ia tidak benar. Jika ia benar, ia termasuk dalam kategori ‘GHIBAH’ atau mengumpat dalam bahasa melayunya. Allah s.w.t telah berfirman, ‘Dan janganlah seorang dari kamu mengumpat seorang yang lain’, ( surah al-Hujurat “12 )

0 comments:

~MaRi MenGaJI~

Sahabat Seperjuangan~